Tulisan Sunda merupakan sistem tulisan abjad suku kata. Setiap huruf mewakili suku kata yang terdiri daripada dua bunyi, iaitu
konsonan dan
vokal.
Setiap huruf mempunyai bunyi vokal asal /a/, tetapi bunyi vokal
tersebut boleh dibatalkan dan digantikan dengan bunyi-bunyi lain dengan
menggunakan tanda diakritik.
Huruf asas
Terdapat 25 huruf asas (
b. Sunda:
aksara ngalagena) dalam abjad Sunda. Huruf-huruf ini disusun mengikut turutan Brahmi.
Huruf vokal
Huruf vokal (
b. Sunda:
aksara vokal mandiri)
digunakan untuk melambangkan suku kata yang bermula dengan bunyi vokal
dan tidak mempunyai konsonan. Terdapat tujuh macam huruf vokal:
Tanda diakritik
Tanda vokal (
b. Sunda:
aksara swara) ditambahkan pada huruf asas untuk mengubah bunyi vokalnya.
 |
panghulu - untuk bunyi /i/ |
 |
panyuku - untuk bunyi /u/ |
 |
pamepet - untuk bunyi /ǝ/ |
 |
panolong - untuk bunyi /o/ |
 |
panéléng - untuk bunyi /e/ |
 |
paneuleung - untuk bunyi eu |
Selain itu, terdapat juga beberapa tanda lain yang membatalkan bunyi
vokal /a/ pada huruf asas dan menggantikannya dengan bunyi lain.
 |
pamingkal - untuk bunyi ya |
 |
panyakra - untuk bunyi ra |
 |
panyiku - untuk bunyi la |
 |
pamaeh - untuk tiada bunyi (baris mati) |
 |
panyecek - untuk bunyi ng |
 |
panglayar - untuk bunyi r |
 |
pangwisad - untuk bunyi h |
Angka
Angka dalam tulisan Sunda menggunakan
sistem nombor perpuluhan.